nilah aku bila kena marah baik ja kan
Tiap-tiap hari macam2 kerenah aku nanti jumpa. Kalau tak jumpa macam tak lengkaplah hidup aku. Kena marah ngan customer biasalah tuh sampai nangis2 sebab kena maki ngan customer depan orang ramai suruh berenti pastu kata tak mau mai dah kt situ(tapi last2 mai gak)apa punya turr.
Kadang-kadang aku tengok customer nih macam xdak perasaan taw, bila kita dah layan elok2 maki macam2, tu tak kena ni tak kena. Tapi bukan semualah macam tu ada customer yg sangat baik and understanding kerja kita macam mana. Aku sangat appreciate customer macam nih. Love! membuatkan aku semangat nak bagi servis!
aku takkan lokek bagi senyuman kat customer yg baik
Aku nak bagi nasihat la dekat angpa suma bila pergi kedai mana2 pon layanlah orang yang memberi servis dengan baik jangan layan dia macam kuli sebab dia kerja cari rezeki yang halal bukan jadi hamba angpa. Esok-esok katakanlah kita susah, dia pulak senang tengok2 dia ja yang boleh tolong kita tapi dah kita jahat nah ambik hang, jangan harap aku nak tolong.
Kat sini aku nak senarai adab ketika anda diservis dengan elok( kalau tak elok memang patutla tak ikut adab):
1) kalau dia senyum, senyumlah balik. kenapa susah sangat ka nak buat camtu. Senyum tak perlu kata apa-apa
2)kalau bergaduh dengan pasangan,kena marah dengan bos tak payahla nak lepas kat dia. yang ni aku selalu kena, couple gaduh waktu nak beli aku yg kena sembuq kang ak simbah dua-dua ngan shaker baru tau.
3)bagi duit tak perlu lempaq-lempaq. Letak la duit dengan elok atau bagi kat tangan dia duit tu elok-elok. Awat besaq sangat ka duit sampai nak lempaq-lempaq. Aku sangat tak suka customer yg mcm nih mcm besaq sgt duit dia.
4)kalau dia bagi duit baki ambil dengan elok tak payah rampas-rampas. Yang nih aku selalu kena dengan orang loaded2 mcm tangan ak kotoq sgt sampai nak ambik duit pon kena rabut dahsyat2. Aku pakai sabun anttibakteria ok every hour. ang ada?
5)TOLONG jangan potong barisan. Yang ni aku paling tak boleh aku sangat menyampah. Potong barisan pastu customer belakang marah aku bukan nak marah yang potong line. Aku yang kena pulak? Dulu aku besa tegur customer potong line, aku yang kena marah. Malas nak masu campur
6) kalau ada di fast food sila order dengan efisien dan pantas kalau banyak orang kat belakang anda. Yang nih memang selalu jadi orang tengah ramai pikiaq nak minum air apa pon dah 3 minit. Haishh
7)Jangan makan macam orang takdak adab. Yang nih sungguh memalukan. Aku tengok kebanyakan customer kalau makan sangat bersepah. Paling tak tahan suka koyak sugar n creamer pastu tabur atas tray. Nih paling kojaq! Kang buat mcm Jepun kena kemas meja sndiri baru ada akai.
8)Nak refill air tak perlu ketuk2 cawan kat kaunter. Bagi aku yg nih sangat annoying sbb xkan nak tggal tak serve customer lain n sibuk p refill. Tunggu sat ja nnti kami refill la
Tu saja xdak idea dah nanti ami tulis lagi.



No comments:
Post a Comment